Search This Blog

Monday, January 17, 2011

JANGAN MENGHUKUM SEBELUM MENILAI


Salam, hye.. dewasa ni kita sering dengar dan didedahkan dengan perkara seperti tajuk dia atas. Seringkali hukuman sudah dijatuhkan sebelum sesuatu itu diadili atau dinilai. Gemar mendengar dari orang lain dari mendengar dari telinga sendiri. Sedar tak semua bahawa kadang - kadang, apa yang dilihat, didengar dan dirasa tak menggambarkan keadaan sebenar. Tak semua, tapi kadang - kadang. JANGAN CEPAT MENGHUKUM SEBELUM MENILAI. Allah azzawajala itu menganugerahkan akal fikiran kepada manusia untuk mereka fikirkan apa baik dan apa yang buruk. Maka,gunakanlah akal fikiran itu dengan sebaiknya. Jangan menjadi pak turut yang mengiakan sahaja apa disampaikan oleh orang lain tanpa mahu diselidiki. Manusia bukan maksum, dan saya berpesan kepada diri saya dan kepada semua, dosa sesama manusia adalah dosa yang tak diampunkan oleh Allah SWT melainkan memohon keampunan kepada manusia itu sendiri. Janganlah kita menjadi manusia yang muflis ketika di 'sana' kelak..

Friday, January 14, 2011

BILA AMANAH DIANGGAP GHANIMAH

 Dunia sekarang ini sedang menuju kehancuran disebabkan ramai manusia yang menganggap jawatan yang diberikan kepada mereka untuk dipertanggungjawab dan ditunaikan selayaknya seolah-olah ghanimah (harta rampasan perang) yang boleh dimiliki untuk kegunaan diri sendiri.Mereka lupa bahawa jawatan tersebut merupakan amanah Allah s.w.t dan ianya akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah s.w.t di akhirat kelak mengenai amanah kepimpinan tersebut. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.wAbu Dzar r.a berkata: Ya Rasulullah tidakkah engkau memberi jawatan apa-apa kepadaku? Maka Rasulullah memukul bahuku sambil berkata: Wahai Abu Dzar, engkau seorang yang lemah dan jawatan itu sebagai amanah yang pada hari kiamat hanya akan menjadi penyesalan dan kehinaan. Kecuali orang yang dapat menunaikan hak kewajipannya dan memenuhi tanggungjawabnya. (Riwayat Muslim.Yang menjadi masalah paling besar sekali ialah apabila orang yang tidak layak berebut-rebut untuk mendapatkan amanah tersebut seolah-olah ianya suatu alat kuasa untuk mencapai hajat atau niat tertentu. Maka terjadilah perebutan yang akan mendatangkan kemusnahan sekiranya amanah tersebut akhirnya diperolehi oleh orang yang tidak layak untuk memikulnya. Hasilnya berlakulah penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, diktator serta huru- hara dalam masyarakat. Dari Abdullah bin Amru bin al-Ash berkata bahawa aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah tidak menarik kembali ilmu pengetahuan dengan jalan mencabutnya dari hati sanubari manusia, tetapi dengan jalan mematikan orang-orang berpengetahuan (ulama). Apabila orang berpengetahuan telah punah, maka masyarakat akan mengangkat orang-orang jahil menjadi pemimpin yang akan dijadikan tempat bertanya. Orang-orang jahil ini akan berfatwa tanpa ilmu, mereka itu sesat dan menyesatkan.Allah s.w.t telah memberikan perintah supaya amanah itu diserahkan kepada ahlinya sebagaimana ayat: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat. Berdasarkan ayat diatas, adalah menjadi kewajipan kepada kita untuk menyerahkan sebarang amanah kepada orang yang benar-benar layak untuk memikulnya. Ianya tidak boleh diserahkan kepada orang yang sembarangan kerana ia boleh disalah gunakan oleh mereka. Rasulullah s.a.w telah bersabda: Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda : Kalau amanah tidak lagi dipegang teguh, maka tunggulah saat kehancuran. Dia bertanya: Bagaimana orang tidak memegang teguh amanah itu Ya Rasulullah?. Baginda menjawab: Kalau sesuatu urusan telah diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya maka tunggulah saat kehancuran.Hadis diatas mengandungi amaran Rasulullah s.a.w mengenai kehancuran yang bakal dihadapi manusia sekiranya amanah itu diserahkan kepada orang yang tidak selayaknya. Antara masalahnya ialah apabila orang yang meminta untuk memegang amanah tidak mengambil kira sama ada mereka memang benar-benar layak untuk memikulnya atau tidak. Maka berlakulah perebutan yang tidak sepatutnya yang akan membawa kepada kepada perpecahan.Kadang-kadang kita hanya menilai tahap kemampuan manusia sama ada seseorang itu layak untuk memikul amanah atau tidak hanyalah melalui mata kasar kita semata-mata. Kita lupa kepada panduan al-Quran, sunnah Rasulullah dan pendapat ulama mengenainya. Hasilnya, orang yang tidak layak diberikan amanah.Allah s.w.t telah berfirman dalam ayat berikut:- “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan juga janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepada kamu sedang kamu mengetahui.”Al-Kalbi mengatakan bahawa maksud berkhianat kepada Allah s.w.t dan RasulNya iaitu membuat maksiat kepada keduanya. Sedang berkhianat kepada amanah itu maka setiap orang memang diamanahkan untuk menunaikan apa yang diperintahkan Allah s.w.t ke atasnya. Jika mahu dikhianatinya, dan jika mahu dirunaikannya,tiada seorang pun yang tahu akan rahsianya ini selain Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w telah bersabda riwayat Abu Dzar r.a:- Bahawa itu adalah suatu amanah dan ia pada hari kiamat akan menjadi kerugian dan penyesalan,kecuali bagi orang yang mengambilnya dengan cara hak serta menunaikan kewajipan yang terpikul di atas bahunya. Satu panduan yang amat penting untuk kita hayati bersama mengenai sesetengah manusia yang berlumba-lumba untuk meminta jawatan iaitu tidak boleh diberikan kuasa atau jawatan kepada yang memintanya atau tamakkannya. Ini kerana jawatan di dalam Islam adalah amanah dan ianya diterima dengan tanggungjawab dan perasaan takutkan Allah sedang mereka yang memintanya atau tamakkannya, adalah tanda golongan yang tidak merasai besarnya tanggungjawab di hadapan Allah. Maka menjadi tanggungjawab ke atas sesiapa yang mempunyai kuasa menentu dan memilih untuk tidak memilih mereka yang tamakkan kuasa. Rasulullah s.a.w sendiri melarang para sahabat dan umat Baginda daripada menagih jawatan pemimpin. Baginda tidak akan memberikan jawatang tersebut kepada sesiapa yang datang meminta kepadanya sebagaimana hadis berikut:- “Daripada Abu Musa r.a. katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi s.aw. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah (s.a.w)! Yang seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya” Justeru itu, Islam menghalang jawatan daripada jatuh ke tangan mereka yang tamakkannya dengan membuat kaedah sesiapa yang meminta maka dia tidak dilantik. Ini dapat menyelamatkan dua perkara bahaya i. Amanah kepimpinan jatuh ke tangan mereka yang tidak takutkan Allah dan tidak memahami bahawa kepimpinan akan dipersoalkan di Akhirat.ii. Berlakunya perebutan kuasa di kalangan umat yang akhirnya membawa kehancuran.Namun begitu, para ulama Islam seperti al-Imam al- Mawardi (meninggal 450H) di dalam Al-Ahkam as- Sultaniyyah menyebut bahawa adakalanya meminta jawatan memperolehi pahala sekiranya tujuannya untuk menegakkan kebenaran dan dibimbangi orang yang tidak layak mendapat tempat tersebut. Bukan semua orang boleh memegang jabatan kepimpinan, ia perlulah memenuhi syarat-syarat tertentu bagi memastikan bahawa jawatan tersebut dipegang oleh orang yang benar-benar layak mengikut pertimbangan Islam. Ulama menggariskan beberapa syarat yang wajib ada untuk seseorang yang ingin memegang jawatan pemimpin seperti -1. Muslim,'akil baligh dan laki-laki2. Adil . Ertinya ia tidak fasik seumpama tidak meninggalkan salat beramal apa yang ia ketahui. Tidak menyalahi katanya akan perbuatannya. Tidak menyalahi akan kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w.3. Berilmu. Ertinya ia mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan fardhu ai'n dan fardhu kifayah sehingga dapat membezakan diantara yang maaruf dan yang,munkar. Mengetahui perkara-perkara'yang berkaitan dengan pimpinan.4. Mempunyai kudrat, kemampuan. Ertinya boleh bertindak bagi menyelesaikan sesuatu urusan samada menggunakan tenaga; perkataan, tulisan atau flkiran di dalam apa suasana pun.5. Beradab mengikut akhlak Islam. Ertinya seseorang pemimpin haruslah mampu memberi contoh tauladan mengikut akhlak Islam kepada diri dan orang di bawah pimpinannya. Selain itu di dalam dirinya mengandungi sifat ikhlas, jujur tidak angkuh, ria' dan sebagainya. Ringkasnya terkumpul di dalam dirinya sifat-sifat terpuji dan jauh dari sifat-sifat terkeji.6. Sempurna pancaindera dan sihat tubuh badan.Ciri terpenting dalam perjuagan dan kepimpinan Islam bagi meluaskan sedikit huraian syarat ketiga di atas maka seorang pemimpin yang menamakan dirinya sebagai barisan pemimpin Islam, tahap yang paling minima haruslah ia mampu membaca ayat al-Quran dan petikan-petikan hadith serta memahami maksudnya. Lebih jauh dapat menghafal ayat-ayat dan hadith-hadith tersebut.Lebih jauh lagi memahami (ilmu Al-Quran) dan ."Mustalihul Hadith". Membaca Siratul Rasul, sahabat-sahabat, salaful salihan,dan riwayat hidup ulama-ulama. Membaca dan mengenali kitab-kitab yang Muktabar di bidang Tauhid, Fikah, Tasauf, Tafsir, Hadith. Dapat memahami mana yang ijmak dan mana yang ikhtilaf, mana yang usul dam mana yang furu'. Berkaatan dengan ini sedapat mungkin haruslah seseorang pemimpin itu mengetahui bahasa arab, Kerana kitab-kitab yang asal berkaitan dengan perkara tersebut kebanyakannya ditulis di dalam bahasa Arab. Akibat daripada tidak memahami dan mengetahui hal-hal tersebut, kadang-kadang boleh menimbulkan berbagai-bagai kesan yang tidak baik dalam kepimpinan, hingga merebak kepada masyarakat yang lebih besar, yang boleh mencacatkan kesempurnaan Islam.Demikian juga hukumnya pada hari ini. Sekiranya seseorang insan tahu mengenai dirinya, bahawa dia dapat menegakkan kebenaran dalam kehakiman dan hisbah, sementara tiada seseorang pun yang sesuai dan setanding dengannya maka jawatan itu fardu‘ain ke atas dirinya. Wajib dia mengendali dan memintanya. Dia juga hendaklah memberitahu sifat-sifatnya yang melayakkan memperolehi jawatan tersebut iaitu ilmunya, kemampuannya dan lain-lain.” Setiap masa kita perlu ingat bahawa kita sendiri adalah dilahirkan sebagai pemimpin. Walaupun bukan sebagai pemimpin untuk orang ramai, namun kita adalah pemimpin diri kita sendiri. Oleh yang demikian, setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan mengenai kepimpinan mereka. Abdullah bin Umar mengkhabarkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab atas kepimpinannya. Imam itu pemimpin dan bertanggungjawab tentang kepimpinannya. Laki- laki itu pemimpin dalam keluarganya dan bertanggungjawab tentang kepmimpinannya. Wanita itu pemimpin dalam rumah tangganya dan bertanggungjawab tentang kepimpinannya. Khadam itu pemimpin bagi harta majikannya dan bertanggungjawab terhadapa kepimpinannya. Kata Abdullah: Agaknya Rasulullah s.a.w juga bersabda: Lelaki itu pemimpin bagi harta benda ayahnya dan bertanggungjawab terhadap kepimpinannya. Kamu semuanya adalah pemimpin dan bertanggungjjawab atas kepimpinannya. Sebagai satu muhasabah untuk diri saya dan kita semua, saya petik satu kalam hikmah dari Syeikh Abu Madyan:- Jadikanlah kesabaran sebagai bekalanmu, redha sebagai kenderaanmu, dan al-Haq sebagai matlamat dan penghadapanmu.<spa

Thursday, January 13, 2011

keracunan makanan

salam, hye. Semalam aku g klinik, mmg sah aku dah keracunan makanan. Sekarang ada kt sbn dah,malam tak pat tido sgt,asik membuang je.. xpela, pk positif, tu semua kifarah dosa2 aku k..

Wednesday, January 12, 2011

kurang sihat

salam, hari ini agak slow skitla. Maybe sebab rasa cm nk demam, tpi xnak la demam...huhuh
kalau badan rasa xok, mmg amik mc la aku sok ni. Pe lagi nk tulis ni.. adoyai... tpi aku smbung lagio la k..

Tuesday, January 11, 2011

my first posting on my first blog.....

salam, erm... untuk kali yg pertama ni, aku tak tau plak nk tulis apa.. cuma nk bgtau yg ni lah blog aku......dan untuk yg akan dtg, aku akan tulis semua benda sesuai dengan tajuk blog aku iaitu MOHD KHAIREE UNTUK SEMUA.