Search This Blog

Monday, January 17, 2011

JANGAN MENGHUKUM SEBELUM MENILAI


Salam, hye.. dewasa ni kita sering dengar dan didedahkan dengan perkara seperti tajuk dia atas. Seringkali hukuman sudah dijatuhkan sebelum sesuatu itu diadili atau dinilai. Gemar mendengar dari orang lain dari mendengar dari telinga sendiri. Sedar tak semua bahawa kadang - kadang, apa yang dilihat, didengar dan dirasa tak menggambarkan keadaan sebenar. Tak semua, tapi kadang - kadang. JANGAN CEPAT MENGHUKUM SEBELUM MENILAI. Allah azzawajala itu menganugerahkan akal fikiran kepada manusia untuk mereka fikirkan apa baik dan apa yang buruk. Maka,gunakanlah akal fikiran itu dengan sebaiknya. Jangan menjadi pak turut yang mengiakan sahaja apa disampaikan oleh orang lain tanpa mahu diselidiki. Manusia bukan maksum, dan saya berpesan kepada diri saya dan kepada semua, dosa sesama manusia adalah dosa yang tak diampunkan oleh Allah SWT melainkan memohon keampunan kepada manusia itu sendiri. Janganlah kita menjadi manusia yang muflis ketika di 'sana' kelak..

No comments:

Post a Comment